Sunday, January 17, 2010

penyokong umno didahulukan pencapaian lantak laa


oleh : talikasutkayu





Memetik artikel di Buletin Online "Dato Ku cabar Wan Hisham!".

Tersentak bila terbaca kenyataan MB Terengganu bahwa bantuan yang diberikan kepada lebih kurang 1000 orang (di Ladang), yang mengatakan "bantuan banyak ini, faham-fahamlah kena balas budi kita (kena undi BN),
”dan memang kita beri bantuan ini kepada orang kita sahaja (Umno) orang PAS jangan ‘bising bangor’,

Mat Said harus ingat dia memerintah di Terengganu bukan negara lain, rakyat yang ada di Terengganu yang menyokong Pakatan Rakyat tetap rakyat Terengganu, kenapa nak disisih. Sebagai Menteri Besar beliau harus menolak fahaman politik dalam memberi bantuan kepada rakyat. 

Tapi kalau itu yang dimahukan,rakyat Terengganu yang menyokong Pakatan Rakyat tak perlu lagi membayar cukai pintu atau apa apa cukai yang ada di negeri tersebut. Rakyat boleh berkata "kenapa nak bayar cukai sedangkan Menteri Besar bukan dari Pakatan Rakyat.

Kenyataan Mat said menggambarkan ada anak tiri didalam negeri sendiri dimana kebencian membuak serta dendam tak pernah padam pada rakyat sendiri walhal beliau sedia maklum rakyat inilah yang menyumbang tenaga membantu menaikkan ekonomi negeri. Nak harap menteri besar...arghhhhh menitik air mata rakyat, tengok saja semasa pemerintahan Idrus Jusoh, rakyat terpaksa menyewa meter air walhal perkara seperti ini tak pernah wujud di negeri lain.



Jadi apa yang rakyat Terengganu harapkan dari Menteri Besar Mat Said ini? Rasanya tiada apa yang diharapkan. Takut nanti bantuan yang dihulurkan ditarik balik seandainya kalah di pilihanraya umum akan datang. Maka berlaku kempen ungkit mengungkit pada rakyat kerana tidak membalas jasa mereka. Sedangkan rakyat tahu Umno Terengganu tidak pernah berjasa pada rakyat.

Lihat saja apa yang ada di Terengganu hari ini?Tidak ada langsung perkembangan ekonomi berlaku, ekonomi rakyat tetap berada pada tahap yang sama sejak merdeka hingga ke hari ini. Nak harap masjid kristal?..apa yang rakyat dapat? dapat tengok jee sedangkan kuliah yang bergema setiap pagi jumaat adalah dari masjid kampung bersebelahan. Masjid kristal sunyi sepi yang ada pengunjung yang datang sekadar mahu bergambar.

Kemajuan apa yang ada di Terengganu kini? sekadar banyak deretan kedai baru muncul. Itu kemajuan? Sedangkan deretan kedai lama terpaksa ditutup nasib peniaga menjadi haru. Ini kerana tahap ekonomi rakyat Terengganu cukup rendah. Peluang pekerjaan apa yang ada untuk rakyat Terengganu? sekadar menjadi jurujual kedai kedai cina dengan tangga gaji RM300 sebulan. Inikah pencapaian terbaik untuk rakyat Terengganu selama Umno memerintah di Terengganu, hampa sungguh rasanya.

Tak perlu dianak tirikan rakyat sendiri silap haribulan rakyat yang dianak tiri inilah yang memberi doa kesejahteraan seandainya nyawa tercabut dari badan. Hidup kita tak kekal jadikan Saidina Omar Al Khatab sebagai idola kepimpinan.


Pengambilan Balik Tanah Ladang - MB Umno Terengganu ‘tawar’ rasuah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy