"Acara dalam siri rangka 'Orang Mude Geng Kite' ini akan dibuka terhad kepada Pemuda Dun Sura sahaja yang memiliki lesen B2 yang sah dan diwajibkan berpasangan.Setiap peserta akan dibekalkan soalan yang berpandukan kata kunci di setiap laluan Panduria ini " demikian menurut Pengarah Panduria Pemuda Dun Sura 2010, saudara Mohd Yusoff Yaakob (gambar).
Menurut beliau lagi, borang penyertaan boleh didapati dari ketua pemuda di cawangan masing-masing dan juga di Pustaka Bentalib dan Kedai Gunting Nasir, Padang Jambu.Setiap penyertaan akan diberi percuma T-Shirt Panduria 2010 dan baucer petrol.
Katanya lagi ‘Orang Mude Geng Kite’ akan jadi tema program dan semua aktiviti pemuda PAS Dun Sura dalam usaha mendekati dan menyelami ‘hati muda’ supaya dapat bersama-sama dengan PAS.
Sebagaimana yang pernah diucapkan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi... "Gerakan membentuk gelombang " Orang Muda Geng Kita " dengan satu logo yang sama ke seluruh negara adalah gelombang baru yang akan mewarnai pergerakkan pemuda PAS ke tengah - tengah masyarakat sekaligus bergandingan "sehayun tangan dan selangkah kaki " bergerak mara ke hadapan memenangi dan menjuarai apa jua isu anak muda yang boleh ditangani dan diperjuangkan .
Pemuda juga diminta merencana untuk memastikan bagaimana risalah dan mesej perjuangan boleh sampai ke setiap rumah dan mampu menembusi setiap hati nurani anak - anak muda ".
0 comments:
Post a Comment