"Tindakan biadab ADUN Sg Rapat Perak, YB Hamidah Osman menyiarkan gambar seorang muslim yang disuperimposed memakai pakaian kebesaran agama Kristian jelas menunjukkan pendirian UMNO selama ini yang sering menimbulkan api kebencian antara kaum dan agama dalam negara ini.
Jika pun beliau berpendirian kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh agama Kristian, itu tidak menjadi masalah kerana beliau berhak bersuara, tetapi perbuatan meletakkan gambar seumpama ini adalah suatu perbuatan yang mencemarkan nama dan maruah umat Islam itu sendiri.
Ketidakmatangan Yang Berhormat ini memaparkan gambar Yb Khalid Samad dalam pakaian kebesaran kristian (super imposed) mencerminkan betapa ceteknya akal pemimpin UMNO dalam menangani krisis dan sering menggunakan elemen emosi sebagai langkah utama dalam menyelesaikan isu.
YB Khalid Samad yang digambarkan sebagai menyokong penggunaan kalimah Allah sebelum ini telah menjelaskan asas penghujahan beliau. Pandangan beliau selari dengan sebahagian besar Ulama di Malaysia. Namun disebabkan UMNO telah mendahului politik berbanding menyelesaikan masalah, maka lahirlah kelompok manusia seperti YB Hamidah Osman ini yang telah menolak ketepi akal yang dikurniakan Allah kepadanya, sebaliknya menggunakan emosi sebagai asas pertimbangan.
Gambar yang disuperimposed dan disebarkan oleh beliau dalam blognya hamidahosman.blogspot.com
(Namun gambar ini telah dikeluarkan petang tadi dari blog tersebut)
LAPORAN POLIS TERHADAP KEBIADABAN YB HAMIDAH OSMAN
(Melalui INFO DPPSA | pada 7:09 AM 15 Jan 2010 |)
Friday, January 15, 2010
Satu laporan polis akan dibuat pada 15 Januari 2010 (Jumaat) di Balai Polis Shah Alam, Seksyen 11 pada jam 10.00 pagi mengenai paparan gambar YB Khalid Samad yang dianggap menghina pemimpin PAS dan juga menghina PAS. Laporan polis ini terpaksa dibuat memandangkan YB Hamidah Osman merupakan seorang pemimpin dan perlu profesional dalam melakukan sesuatu tindakan.
Tndakan keanak-anakan beliau dikecam oleh Dewan Pemuda PAS Shah Alam.Laporan ini akan dilakukan oleh dua orang ahli PAS yang merasa terpanggil untuk mengemukakan laporan agar YB Hamidah Osman dapat diberi satu pengajaran. Jesteru itu Dewan Pemuda PAS Shah Alam menyeru ahlinya hadir ke Balai Polis Seksyen 11 pada 10 pagi ini bagi menyatakan sokongan padu.
Dewan Pemuda PAS Shah Alam juga menyokong sekiranya YB Khalid Samad berhasrat mengambil tindakan undang-undang andainya perlu terhadap YB Hamidah Osman.
p/s : Lagi cadangan dari Pemuda Dun Sura :
Anda boleh hantar komen bantahan ke email YB Hamidah Osman (kakmidahsgrapat@gmail.com)
0 comments:
Post a Comment