Sunday, February 1, 2009

Ulama Pewaris Para Nabi


Oleh : Muhammad Syukri Bin Muhamad Nazar-30 Jan 2009


Setiap muslim lagi mu’min memang sangat merindui tertegaknya Daulah Islamiah di atas muka bumi ini. Suasana di bumi Malaysia menunjukkan kesungguhan dalam kalangan para ulama’ untuk merealisasikannya termasuklah dengan menggunakan pendekatan dakwah melalui siasah ataupun politik. Walaupun tidak dinafikan ada yang menentangnya kerana mendakwa politik itu kotor. Persoalannya, adakah politik itu memang benar-benar kotor ataupun pemainnya yang tidak menyesuaikannya dengan kehendak Islam menyebabkan ianya menjadi kotor?

Agak mengejutkan semasa kehadiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke bumi Mesir tahun lepas untuk memberi taujihat kepada pelajar, ada yang tidak mahu turun mendengar ucapan beliau. Alasannya; semua itu politik. Ucapan yang menyebabkan hadirnya rasa gerun di hati mengingatkan ucapan Baginda Sollallahu’alaihiwasallam; “ Bukan dalam kalangan kami sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami, tidak merahmati orang kecil kami, dan tidak mengetahui hak orang ‘alim kami” dan hadis qudsi “ Barangsiapa yang memusuhi waliKu sesungguhnya dia telah mengizinkan bagiKu untuknya peperangan”.


Menarik!!! Apa yang diceritakan oleh pelajar Malaysia yang berkunjung ke Syria. Mereka berkesempatan melawat Dr Wahbah Zuhaili. Antara soalan yang ditanya oleh Dr Wahbah kepada pelajar-pelajar tersebut ialah; “ Apa Khabar Syeikh Abdul Hadi? “ yang merujuk kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Bimbang juga ketika para ulama’ mengiktiraf ketokohan serta keilmuan beliau, kita pula yang cuba menolaknya. Saya tahu bukan senang untuk mencapai tahap itu, cukuplah hadis Baginda Sollallahu’alaihiwasallam menjadi pedoman diri ini; “ Seseorang itu bersama orang yang dicintaiNya”. Semoga Allah Taala menjadikan diriku ini hamba yang menyayangiNya, RasulNya dan menyayangi orang yang menyayangiNya.

Hari ini (30hb Jan 2009) dijadualkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi sekali lagi akan menyampaikan ceramah dan taujihat di Dataran Hayyu ‘Asyir kepada pelajar Malaysia di sekitar kawasan ini. Tok Guru hadir ke sini bersama rombongan untuk ke Gaza. Tidak sabar untuk mendengar apa yang akan disampaikan oleh Tok Guru mengenai Isu Palestin. Sumbangan beliau dalam isu Palestin serta isu umat Islam seluruh dunia diakui oleh seluruh tokoh mujahidin Islam di persada dunia.

Biarlah ketika ramai yang cuba bermusuh dan su’uuz zonn dengan para ulama’, saya cuba untuk menjadi salah seorang hamba Allah yang mencintai mereka. Sedari diri ini masih terlalu jauh untuk mengejar bayang-bayang mereka, apatah lagi menjadi seperti mereka.

Sebagai ٍmengingati pesanan Syeikh dalam khutbahnya;

" فتشبهوا !!! فإن لم تكونوا مثلهم ، فإن التشبه بالرجال فلاح "

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy