Saturday, February 14, 2009

PAS mendahului dalam Misi Bantuan Gaza




oleh : Prihatin Gaza
12 Februari, 2009 - 6.30 petang


Dungun 13 Februari 2009 - PAS dilihat mendahului dalam usahanya membantu saudara seIslam yang sedang menderita di Palestin. Pada akhir Januari baru-baru ini, Presiden PAS sendiri bersama 20 orang anggota rombongannya telah berjaya menyampaikan sumbangan sejumlah RM250 ribu yang didermakan oleh pelbagai pihak dari golongan prihatin di Malaysia.

Rombongan pimpinan PAS juga bertemu pemimpin tertinggi Hamas, Khalid Meeshal dalam usaha meninjau sebarang bentuk pembangunan semula Gaza terutama dari segi modal insan, pendidikan dan ekonomi.

Sementara itu, tengahari tadi bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur, pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri telah menerima sejumlah RM500 ribu melalui Harakah bagi meringankan penderitaan penduduk Gaza. Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang adalah di antara pimpinan utama yang hadir di Majlis Rayuan Gaza itu.

Dua helai kain rentang di atas merupakan senario yang dirakamkan di tepi Padang Astaka Dungun, lokasi pelancaran kempen "Rayuan Gaza Palestin - Bantulah Mereka" yang dijadualkan pada 13 Februari, 2009, Jumaat bermula jam 3.00 petang sehingga jam 11.30 malam. Majlis ini adalah anjuran Yayasan Amal Malaysia (Amal) Cawangan Terengganu bersama Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di negeri Terengganu.

Seharusnya kebenaran yang diberikan di peringkat awal tidak ditarik balik bagi menggambarkan sokongan kepada sebarang usaha untuk membantu penduduk Palestin. Tindakan ini dikhuatiri didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang berfikiran sempit yang irihati melihat gerakan Islam seperti PAS dapat duduk semeja bersama rakan seperjuangan dari Hamas yang berdepan secara langsung dengan regim Zionis.

Pihak penganjur difahamkan telah memindahkan lokasi pelancaran ke Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate. Seramai empat orang pemidato yang terdiri daripada Tg Paduka Raja Tg Ibrahim Tuanku Ismail, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Haji Husin Ismail (Yayasan Amal Malaysia) dan Mohd Fauzi Abu Samah (Mampat) akan menyampaikan ucapan masing-masing di sebelah malamnya.


sumber maklumat sumbangan diperolehi melalui Harakahdaily
petikan dari blog Dun Sura

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy