Tuesday, February 3, 2009

Siapa sebenarnya 2 ADUN ini?


tinjauan wartawan Harakahdaily di DUN yang terbabit

Jamaludin sebar 'MB Perak Boneka', ajak Adun KeADILan 'lompat'

TAIPING, 3 Feb (Hrkh) - Salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang hilang tempoh hari, Jamaluddin Mohd Radzi(Behrang) didakwa sering menyebarkan dan menjaja dakyah bahawa Menteri Besar Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin merupakan 'boneka DAP' dan 'boneka Cina' sejak penubuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjaya ditubuhkan.

Menurut beberapa sumber yang ditemui, sebaran dakyah ini dikatakan dijaja di seluruh negeri sering didengari daripada mulut Jamaluddin sendiri yang dikatakan turut berminat untuk menjawat jawatan yang disandang Nizar.

"Inilah kita rasakan tidak layak untuk dia menjadi wakil rakyat atau exco yang memburuk-burukkan Menteri Besar sendiri dengan pelbagai tohmahan. Dan dakyah ini sengaja ditimbulkan berulang kali supaya membakar semangat perkauman, dan mahu menjatuhkan Nizar sendiri," kata salah seorang yang enggan dikenali ketika ditemui oleh Harakahdaily di Sri Kota petang tadi.

Dalam pada itu sumber parti KeADILan di Perak memberitahu bahawa 'gerak-geri' Jamaluddin sudah lama dicurigai dan dilihat mahu berkuasa dalam KeADILan negeri sendiri sehingga sanggup mencantas beberapa pimpinan daripada menjawat jawatan dalam parti negeri.

Kata sumber terbabit, Jamaluddin bertindak 'menggantikan' Pengerusi Perhubungan Negeri yang lama kepada yang baru, dikatakan proksi beliau malah Jamaluddin sendiri kini memegang dua jawatan iaitu Timbalan Pengerusi dan Bendahari KeADILan Negeri.

"Perilaku Jamaluddin yang 'tamakkan' kuasa memang lama kita dah nampak...dan tentang tawaran wang itu juga kita ada dengar.

"Dia juga yang menghubungi beberapa Adun KeADILan untuk turut serta bersamanya dan Adun-Adun itu laporkan kepada kita dan kini kita sedang memantau pergerakan itu manakala Osman walaupun pada asasnya dia ok, dia seorang yang tiada pendirian. Dia adalah orang Jamaluddin dan hanya mengikut sahaja." kata sumber parti.

Sumber parti juga memaklumkan bahawa pihak parti sudah berusaha berkali-kali menghubungi beliau yang dilaporkan hilang malah kaum keluarganya juga tidak dapat dihubungi namun tidak dapat mengesahkan tentang masalah displin Jamaluddin yang dikatakan punca beliau berhenti kerja sebelum menceburi bidang politik dan menyertai KeADILan.

"Mereka dikatakan mahu jadi Bebas kerana khuatir lompat parti boleh menyebabkan pilihan raya kecil di Perak tetapi bebas pun tak lama lepas tu masuk Umno juga,"katanya yang akan memaklumkan keputusan displin parti dan maklumat terkini kepada Harakahdaily dalam masa yang terdekat.

"Apa yang dilaporkan di dalam blog atau laman web tentang pergolakan KeADILan Negeri akibat tindakan Jamaluddin, 80 peratus boleh dipercayai dan krisis ini sebenarnya telah lama berlaku dan bukannya sejak insiden enam hari kehilangan kedua-duanya," katanya memberi rujukan beberapa laman web terbabit.- azm_


Ini bukan kali pertama Osman 'dilarikan' - Pengundi

CHANGKAT JERING, 3 Feb (Hrkh) - Kejadian 'dilarikan' atau 'disembunyikan' oleh Umno bukanlah fenomena yang mengejutkan bahkan ianya insiden yang lazim berlaku ketika pra dan pasca sesebuah pilihan raya yang diadakan di negara ini. Inilah antara taktik kotor yang cuba memerangkap parti lawan supaya berpaling tadah.

Kejadian ini membuatkan suasana sesebuah tempat menjadi sedikit tegang lantaran ketidak tentuan politik yang berlaku. Akibat daripada itu dan kawalan keselamatan terpaksa diperketatkan seperti di Kediaman Menteri Besar Perak dan juga Pejabat Pas Negeri dan bebarapa Markas PAS kawasan.

Harakahdaily juga mendapat 'tempiasnya' apabila pada mulanya sukar untuk menemubual penduduk dan aktivis PAS kawasan melainkan diperkenalkan dengan kad pas media malah ada antaranya terlebih dahulu mendapat pengesahan (clerance) pihak-pihak yang tertentu dalam parti bahawa Harakahdaily yang mewawancara mereka adalah yang sah dan bukanlah satu bentuk penyamaran.
Ini natijah yang berlaku akibat kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi dari KeADILan yang dilaporkan meletak jawatan kelmarin, hilang selama enam hari.

Sementara itu seorang pengundi yang ditemui Harakahdaily di Dun Changkat Jering yang tinggal di Taman Simpang, Taiping Haji Hanif Mohammad memberitahu beliau pernah bersembang dengan Osman sebelum ini yang dikaitkan dengan pertuduhan rasuah dimana Osman mendakwa dia diperangkap.

"Secara peribadi saya lihat dia baik dan dia tak sanggup untuk menggadai maruahnya tetapi mungkin akibat desakan tekanan yang begitu tinggi dan ugutan, beliau terpaksa berbuat demikian yang mungundang marah penduduk.

"Ini bukan kejadian pertama. Sejak 8 Mac, dia telah 'dilarikan' oleh pihak tertentu banyak kali dan dia juga ada beritahu khuatir dengan pelbagai ancaman. Dia sendiri pernah jelaskan kepada pengundi di sini di masjid dan di ceramah bahawa beliau tak akan akan melakukan rasuah atau berpaling tadah," katanya.

Ini juga terjadi kepada Pesuruhjaya PAS Perak ustaz Ahmad Awang yang cuba beberapa kali dilarikan dan dikepong oleh pihak tertentu ketika dalam proses menubuhkan kerajaan Pakatan di Perak namun atas kepantasan dan kecekapan Unit Amal PAS, kejadian buruk itu tidak berlaku, katanya merujuk satu insiden di Ipoh dan Changkat Jering tahun lalu.

Hanif tidak menolak kemungkinan usaha menculik dua Adun ini telah dirancang lebih lama dan diperkuatkan lagi dengan lantikan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi BN Negeri dengan 'didokong' oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Zahid Hamidi.- azm _

sumber : Harakahdaily.net
posted by awang ja

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy