Tuesday, February 17, 2009

SPR sedia adakan pilihan raya di 3 kerusi "Bukit"


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia mengadakan pilihan raya kecil serentak di kerusi "Bukit" - termasuk Bukit Lanjan jika ada kekosongan.

Sambil tidak menolak kemungkinan itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz dMohd. Yusof berkata, pihaknya boleh mempertimbangkan pilihan raya kecil i ketiga-tiga kerusi Bukit Lanjan, Bukit Selambau dan Bukit Gantang serentak awal April ini.

"Kemungkinan itu ada jika wujud kekosongan... tetapi sehingga kini belum ada kekosongan," kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi sebentar tadi.

Pagi tadi, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan menyatakan hasrat untuk meletakkan kedua-dua jawatan.


Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada Menteri Besar Selangor dan kepimpinan PKR.

Jumaat lalu, SPR telah memutuskan pilihan raya kecil serentak bagi kerusi Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah pada 7 April ini.

Penamaan calon diadakan pada 29 Mac.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga mengatakan bahawa adalah terlalu awal untuk menyentuh soal pilihan raya kecil.

Ini kerana katanya, isu itu masih di peringkat antara Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dengan partinya.

"Hanya apabila Speaker memaklumkan tentang kekosongan menerusi notis, maka baru ia akan menjadi urusan SPR.

"Urusan SPR bermula apabila menerima surat daripada Speaker... buat masa ini masih di peringkat ADUN dan parti yang diwakilinya (Parti Keadilan Rakyat)," kata beliau.


Sumber : mStar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy