Wednesday, February 11, 2009

Menteri KDN Mengamuk !!! Harakah Dirampas & Jadi Mangsa


Akhbar dwimingguan PAS Harakah yang memuatkan edisi-edisi terkini pergolakan politik di Perak dirampas di negeri itu, Kedah dan Selangor.

Difahamkan pengedar-pengedar juga diberikan amaran agar tidak menjual tabloid rasmi parti itu.

Gangguan Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga didakwa berlaku di Pulau Pinang dan Johor.

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya sedang mengumpul maklumat jumlah rampasan kementerian berkenaan.

Tambahnya, pihak berkuasa juga telah memberikan "tekanan" kepada akhbar tersebut sebelum edisi semalam - yang diedarkan mulai hujung minggu lepas - dicetak.


Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan perinci bentuk tekanan tersebut, dipercayai mengenai tajuk utama dan kandungan laporan akhbar tersebut mengenai rampasan kuasa BN terhadap kerajaan pimpinan menteri besar PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mulai minggu lepas.

Edisi Jumaat lepas yang memuatkan laporan muka depan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dianggap "memihak kepada BN" susulan keputusannya tidak mengiktiraf kekosongan dua kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang seperti didakwa oleh speaker dewan itu, V Sivakumar. Bahagian unit kawalan penerbitan dan teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan rampasan terbaru dua akhbar PAS dan PKR, masing-masing Harakah dan Suara Keadilan.

Setiausaha bahagian itu Che Din Yusoh berkata, operasi itu dijalankan di seluruh negara, bukan di negeri-negeri tertentu seperti didakwa oleh pihak akhbar-akhbar utama pembangkang itu.

Menurutnya, rampasan itu terpaksa dibuat kerana kedua-duanya didapati dijual secara terbuka kepada orang awam, sedangkan akhbar parti hanya untuk edaran ahli parti berkenaan sahaja.

"Selama ini kita biar, dia jual secara terbuka," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Ulas sikit

Mungkin kah akan terjadi lepas ni nak beli harakah pun main sorok – sorok , penjual tak berani pamir kat depan , pembeli pulak terpaksa tengok kiri kanan takut – takut orang Nampak , terutamanya sb ,huh !!!!!!! teruk macam tu sekali dalam Negara demokrasi berparlimen Malaysia ni

Kenapa lah jadi macam ni , dalam akhbar Harakah tu tidak ada lah perkara – perkara terlarang disiarkan , tak ada pulak dicadangkan supaya najib dibunuh , atau pak lah dibunuh , atau khairy dibunuh , atau rosmah diletupkan , semua ni tak ada dalam tu.

Yang peliknya , macam mana dengan utusan Malaysia dan berita harian , contohnya begitu sekali menyiarkan berita yang boleh dikatogerikan sebagai teruk , dasyat , keji , zalim dan berat sebelah , yang dimiliki oleh parti politik iaitu umno , boleh dengan lepas bebas dibiarkan dijual dimana – mana , hingga ke dalam bilik darjah melalui ADD nya.
Tidak adil macam ni. !!!!!

Prof tak setuju , andainya keadilan terpilih diamalkan terus menerus seperti ini.

Sumber : TranungKite Online

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy