Sunday, February 1, 2009

2 ADUN PKR Perak 'Yang Hilang' letak jawatan




Kuala Terengganu (Buletineonline) - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang didakwa hilang sejak lima hari lalu, meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini.

Ia dinyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh sebentar tadi dan beliau akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi esok.

Editor mStar mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Buletinonline sebentar tadi.

Kedua-dua ADUN berkenaan ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Sebelum ini kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.

Pakatan Rakyat mempunyai 32 anggota Dewan Undangan Negeri termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR minggu lepas manakala BN dianggotai 27 wakil dan walaupun dua Adun PKR berkenaan keluar, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi.

Last Updated on Sunday, 01 February 2009 20:34

sumber : Buletinonline

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy